CDLG
CAHAYA DI LANGIT GAELIC
Prolog
Kita hidup menerusi doa orang-orang terdahulu. Doa-doa yang membuatkan kita mampu hidup dengan nikmat yang kadangkala kita tak pernah minta secara terus kepada Tuhan.
Kita juga masih meneruskan kehidupan kerana cerita-cerita kehidupan yang kerap menjadi sapaan telinga kita. Kadangkala, dunia ini terlalu bingit dan kita memerlukan “cerita” untuk memahami dunia. Mungkin cerita tersebut bukanlah cerita kita sendiri tetapi hasil daripada cerita orang lain yang kita dengar dan baca.
Kata Kak Abin,
“Orang yang beruntung adalah mereka yang belajar daripada pengalaman orang lain dan mendapat pengajaran daripada kesilapan orang lain.”
Ada cerita yang akan membawa kita lebih dekat kepada Tuhan dan ada juga cerita yang akan membuat kita menjauh dari Tuhan. Macam kesusahan dan kesenangan dalam hidup. Kedua-duanya boleh bawa kita lebih dekat kepada Tuhan atau semakin menjauh.
Kita berjuang untuk terus hidup pula kerana cinta. Cintalah yang menghidupkan hati yang mati. Cinta jugalah yang menggerakan jiwa yang sesat menuju jalan yang lurus dan tepat. Tapi, ada juga yang terus lumpuh dek bahana cinta yang tersilap alamat.
Kita juga akan memilih untuk hidup jika kita terus diberi harapan dan tempat yang tepat untuk menggantung harap akan membuatkan kita mampu berjalan untuk terus hidup walau dalam keadaan luka dan tempang. Doa, cerita, cinta dan harapan adalah simbiosis antara kita dalam meneruskan kehidupan. Tetapi antara semuanya, yang paling ironi adalah cinta. Cinta adalah titik pertemuan segala macam cerita dan rasa. Cinta boleh buat kita hidup, cinta juga boleh buat kita hancur.
Di bawah hamparan langit Gaelic Nuraiman Amni, berusaha untuk memahami simbiois yang berlaku dalam hidupnya menerusi rendezvous yang telah Tuhan rencanakan.
Sinopsis
Di manakah tangan mampu memaut bila talinya terputus tidak bersambung.
Di manakah jiwa mahu pulang jika tidak pernah mengenali Tuhan yang menciptanya.
Di bawah hamparan langit Gaelic, Nuraiman Amni berusaha untuk memahami simbiosis yang berlaku dalam hidupnya menerusi titik-titik pertemuan yang telah Tuhan rencanakan.
Di manakah hati mampu berpaut bila dahannya tiada.
Nuraiman Amni, seorang gadis biasa dari keluarga sederhana tetapi mempunyai impian luar biasa. Ada orang katakan untuk berjaya, kita perlu ada latar belakang keluarga yang bukan biasa-biasa. Nuraiman Amni percaya, maksud mereka bukan biasa-biasa itu adalah semangat dan ketelusan dalam pengharapan kepada Tuhan.
Cahaya Di Langit Gaelic mengisahkan sosok gadis bernama Nuraiman Amni dalam mengharungi cabaran hidup millenial di benua Eropah. Berbekalkan semangat dan pengharapan yang tak pernah putus kepada Tuhan, Nuraiman cuba merealisasikan impian untuk bergelar graduan luar negara walaupun tanpa tajaan biasiswa.
Di bumi Shamrock itu juga dia belajar tentang erti hidup bertuhan yang hakiki menerusi pertemuannya dengan Mikel dan Vivian. Tak mudah menyarungkan pakaian Muslim di Eropah tapi tak bermakna harus dibiar terjajah.
Cahaya Di Langit Gaelic adalah sebuah kisah kehidupan dalam memaknai cinta, meneroka cita-cita dan teguh beragama.
Siapa Syiffa Rosman



Kulit buku: Paperback, Mukasurat: 249
STOK TERHAD, DAPATKAN DENGAN SEGERA